Friday, March 25, 2011
Ng Yen Yen Bercita-Cita Menjadi Doktor Seperti Menteri Pelancongan
Ng Yen Yen Bercita-Cita Menjadi Doktor Seperti Menteri Pelancongan
(23 Mac 2011, Bernama)-- Pelajar ini bukan sahaja mempunyai nama yang sama dengan seorang menteri Kabinet, malah cita-citanya juga adalah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, sama seperti menteri berkenaan.
Muncul sebagai antara pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumum hari ini, Ng Yen Yen, pelajar Sekolah Tinggi Kota Kinabalu memperoleh 10A (8A+ dan 3A) untuk merealisasikan cita-citanya itu.
Ng berkata beliau sentiasa merasa aneh setiap kali ditanya kenapa namanya sama seperti Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
"Tapi pada masa sama, saya rasa sangat bangga kerana berkongsi nama yang sama dengan seorang yang terkenal," katanya kepada pemberita selepas diumum sebagai antara pelajar cemerlang di Sabah oleh Pengarah Pelajaran negeri Datuk Dr Muhiddin Yusin di sini pada Rabu.
Mengetahui bahawa Dr Ng juga merupakan lulusan dalam bidang perubatan dan pernah berkhidmat sebagai pegawai perubatan, turut menyemarakkan lagi cita-cita pelajar berusia 17 tahun itu untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama.
"Saya harap untuk ke Tingkatan Enam dan menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
"Tapi jika ada tawaran yang lebih baik untuk saya mencapai cita-cita saya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, ia adalah lebih baik," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment