Kumpulan Pertama 38,000 Peserta Menjalani PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) Siri 7/2010 Selama Tiga Bulan
Seramai 140,000 dipilih menjalani PLKN bagi Siri 7/2010 dengan 38,000 daripadanya menjadi kumpulan pertama menjalani latihan selama tiga bulan.
Pada 1 Januari, seramai 14,238 pelatih dari Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur dan Putrajaya mula melaporkan diri di 102 lokasi Pusat Berkumpul di seluruh negara untuk dibawa ke kem-kem latihan melibatkan 355 buah bas.
Baki 14,570 pelatih dari Perlis, Labuan dan negeri-negeri lain akan melaporkan diri pada Ahad manakala 9,214 pelatih pada 4 Januari.
Cadangan Pendidikan Seks Di Kem PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) Akan Dibincangkan Bulan Ini Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) akan membincangkan cadangan memperkenalkan modul pendidikan seks dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dalam mesyuarat majlis itu pada bulan ini.
Pengerusi MLKN Datuk Dr Tiki Lafe berkata mesyuarat majlis itu akan membincangkan pandangan dan maklum balas yang dikumpulkan dari pelbagai pihak oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara.
"Kami mahu mengajar pelatih lebih daripada hanya penyakit HIV dan AIDS seperti yang dilakukan sekarang. Kami mahu memperkenalkan sebuah program yang lebih tersusun bagi mencapai objektif kami," katanya.
Dr Tiki mencadangkan supaya istilah pendidikan seks diubah kepada pendidikan gender agar ia lebih diplomatik, menyenangkan serta tidak mengelirukan rakyat.