Inti Pati Bajet 2011
Berikut ialah inti pati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2010 (Jumaat) :
* Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.
* RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.
* Enrolmen prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.
* RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.
* RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.
* Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.
* Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.
* Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.
* Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.
* Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.
* RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010.
* Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bagi perbelanjaan pembangunan.
* Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap.
* Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain.
* Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
* Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
* RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
* Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada tahun 2010.
* Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010.

PENGECUALIAN DUTI SETEM BAGI SURAT CARA PINDAH MILIK RUMAH KEDIAMAN
KUALA LUMPUR 15 Okt. — Dalam usaha untuk memastikan setiap rakyat memiliki rumah kediaman, kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem bagi surat cara pindah milik rumah kediaman.
Bagi menggalakkan pemilikan rumah pertama, dicadangkan pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus diberikan ke atas surat cara pindah milik sebuah rumah yang berharga tidak melebihi RM350,000.
Pengecualian itu diberikan bagi pembelian rumah pertama oleh rakyat Malaysia dan layak dituntut sekali sahaja dalam tempoh pengecualian, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.
Rumah kediaman termasuk rumah teres, kondominium, pangsapuri atau rumah pangsa, kata beliau semasa membentangkan Bajet 2011 di Parlimen di sini, hari ini.
Tarikh kuat kuasa bagi pengecualian adalah bagi perjanjian jual dan beli yang disempurnakan mulai 1 Januari, 2011 dan 31 Disember, 2012, kata Najib.
Bagi pengecualian duti setem surat cara pinjaman bagi rumah kediaman, beliau berkata terdapat pengecualian duti setem 50 peratus bagi harga rumah kediaman tidak melebihi RM350,000.
Pengecualian ini terpakai bagi perjanian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari, 2011 hingga 31 Disember, 2012. – BERNAMA

DANA PENCEN SWASTA UNTUK MANFAAT PEKERJA SEKTOR SWASTA DAN BEKERJA SENDIRI
KUALA LUMPUR 15 Okt. — Kerajaan akan melancarkan Dana Pencen Swasta tahun depan bagi memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 sedia ada bagi caruman pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diperluaskan untuk meliputi caruman yang dibuat kepada dana itu termasuk caruman oleh mereka yang bekerja sendiri.
"Majikan juga akan diberi potongan cukai ke atas caruman yang dibuat bagi pihak pekerjanya. Ini akan memberikan pilihan kepada rakyat bagi melabur untuk hari tua mereka,” katanya ketika membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Selain itu, beliau berkata Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera akan melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera pada tahun ini dengan saiz bernilai RM1 bilion dan patuh syariah.
"Sebagai penyertaan yang lebih bermakna dan mapan oleh golongan bumiputera, yayasan tersebut akan memberi peluang pemilikan bumiputera dalam sektor hartanah komersil utama di bandar utama dalam negara.
"Bumiputera dapat melanggan dalam tabung pemilikan hartanah komersial kelas utama di Lembah Klang melalui skim pemilikan berkelompok,” katanya. – BERNAMA

CUKAI PERKHIDMATAN NAIK KEPADA ENAM PERATUS
KUALA LUMPUR 15 Okt. — Kerajaan telah mencadangkan cukai perkhidmatan ke atas semua perkhidmatan yang dikenakan cukai meningkat kepada enam peratus daripada lima peratus pada masa ini untuk menjana pendapatan cukai tambahan bagi pembangunan nasional.
Tarikh berkuat kuasa pelaksanaan cadangan ini ialah pada 1 Jan, 2011, demikian terkandung dalam cadangan Bajet 2011 yang dibentangkan di Parlimen hari ini.
Kadar ini tidak diaplikasikan ke atas kad-kad kredit di mana cukai perkhidmatan dicajkan pada kadar khusus RM50 setahun ke atas kad utama dan RM25 untuk kad kedua. – BERNAMA

ELAUN PEMIMPIN MASYARAKAT DINAIKKAN KEPADA RM800 SEBULAN
KUALA LUMPUR 15 Okt. — Elaun bulanan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru akan dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa ini, bagi menghargai peranan mereka sebagai pemimpin masyarakat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bagi memastikan elaun itu dinikmati semua Ketua Kampung, ia akan turut diberi kepada Pengerusi Jawatankuasa Kampung Baru Rangkaian dan Pengerusi Jawatankuasa Kampung Bagan.
"Kerajaan akan menaikkan elaun kehadiran mesyuarat kepada semua Ahli Jawatankuasa daripada RM30 kepada RM50,” katanya ketika membentangkan Bajet 2011 di Parlimen, di sini hari ini.
Najib berkata, elaun bulanan Imam akan dinaikkan daripada RM450 kepada RM750 sebulan, manakala imbuhan bulanan guru Kemahiran Asas Fardhu Ain (KAFA) dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM500 pada masa ini.
Ia akan berkuat kuasa Januari tahun depan, katanya.
Najib berkata, sejumlah RM100 juta diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat Orang Asli dan pribumi.
Beliau berkata, ia termasuk menyelesaikan isu pegangan hak milik tanah dan persempadanan penempatan Orang Asli serta membangunkan Model Baru Pembangunan Orang Asli.
"Selaras dengan ini, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli akan disusun semula dan diperkukuhkan dengan memberi nafas baru sebagai Jabatan Kemajuan Orang Asli,” katanya. – BERNAMA

MAJLIS KONSULTASI GAJI NEGARA DITUBUHKAN UNTUK TETAPKAN UPAH PEKERJA
KUALA LUMPUR 15 Okt. — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara untuk menjadi platform utama dalam penetapan upah golongan pekerja di negara ini.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, majlis berkenaan akan diwakili majikan, kesatuan pekerja, kumpulan pekerja tanpa persatuan, agensi kerajaan, akademia, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu.
Beliau berkata, sekretariat bagi majlis berkenaan adalah Kementerian Sumber Manusia.
"Selaras dengan peningkatan produktiviti, golongan pekerja seharusnya mendapat upah dan ganjaran yang lebih tinggi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat,” katanya ketika membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Najib berkata, kadar dan mekanisme penetapan gaji minimum akan ditentukan oleh majlis tersebut.
Misalnya, beliau berkata pada masa ini, gaji pokok permulaan posmen telah dinaikkan kepada RM710 sebulan berbanding RM610 sebulan pada 1 Julai lepas dan dengan kenaikan itu, upah keseluruhan posmen meningkat daripada RM1,035 sebulan kepada RM1,285 termasuk elaun tetap.
Bagi pengawal keselamatan pula, beliau berkata, kerajaan akan menguat kuasa gaji pokok minimum kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan berbanding RM300 dan RM400 pada masa ini.
"Dengan kenaikan ini, pendapatan keseluruhan pengawal keselamatan termasuk elaun adalah melebihi RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuatkuasa mulai Januari tahun depan,” katanya.
Selain itu, Najib berkata kerajaan akan meneruskan langkah pengurangan bilangan pekerja asing dengan menaikkan levi secara berperingkat mengikut sektor dan pada masa sama, majikan akan diwajibkan memperoleh insurans kesihatan bagi pengambilan pekerja asing mereka. – BERNAMA

No comments:
Post a Comment